Kesimpulan
Sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah merupakan satu proses yang berterusan dengan bertunjangkan pada asas bagi melahirkan insan yang lengkap, seimbang dan bersepadu serta berpaksi pada prinsip - prinsip rukun negara. Dalam menerjah senario global yang semakin kompetitif, negara amat memerlukan seorang pemimpin di masa hadapan yang bukan sahaja berkaliber malah baik dari segi mental mahupun fizikal. Oleh itu, latihan industri memainkan peranan yang amat penting ke arah matlamat yang murni ini serentak dengan seruan kerajaan yang ingin melahirkan generasi masa hadapan yang berpengetahuan luas untuk membawa negara ke persada kemajuan yang baik serta disegani oleh masyarakat luar.
Semasa menjalani latihan industri, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan. Khususnya dalam hal-hal praktikal. Selain daripada dapat menimba pengalaman ,seorang pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dengan melakukan kerja yang telah diajari oleh pekerja-pekerja di tempat latihan industri serta dapat mempraktikan apa yang dipelajari sewaktu di Politeknik. Dalam pada masa itu, disiplin adalah amat penting bagi melancarkan lagi perlaksanaan latihan industri kerana dengan disiplin barulah kita mendapat kepercayaan dari tempat latihan industri tersebut.
Minat saya semakin mendalam setelah melakukan latihan industri di Majlis Perbandaran Sungai Petani. Saya sangat bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa latihan industri merupakan satu cara pembelajaran yang mempraktikkan apa yang telah pelajar pelajari dan dapat menarik minat yang lebih mendalam pada bidang yang di pelajari oleh pelajar.
Keberkesanan menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Sungai Petani sedikit sebanyak dapat memberi saya suatu pengajaran dan galakan yang amat bernilai untuk saya terus maju serta lebih berdaya saing di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Antaranya cara berkomunikasi yang berkesan merupakan salah satu aset penting yang perlu ada pada diri pelajar kerana segala penilaian yang dibuat oleh seseorang adalah bermula dari percakapan semasa berinteraksi.
Kecekapan dalam menangani sesuatu masalah dan pengurusan masa dengan sistematik membuatkan saya merasa lebih menghargai dan menggunakan setiap masa yang terluang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada di dalam diri saya sendiri. Sistem pengurusan masa yang sistematik membolehkan pelajar menjadi seorang yang cekap dalam melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan dan sentiasa mencari serta melihat peluang bagi memajukan diri kerana pelajar akan sentiasa berusaha untuk memahirkan diri dengan mengurangkan kesilapan yang dibuat supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran masa.
Ketekunan semasa melakukan kerja akan menyebabkan kita disenangi oleh pekerja lain disekeliling kita dan secara tidak langsung kita akan lebih dipercayai untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan. Selain itu, kualiti sesuatu tugasan yang dilaksanakan amat perlu dititik beratkan supaya tidak terdapat sebarang masalah di kemudian harinya.
Sesuatu kerja yang tertangguh dan dilakukan secara sambil lewa dan sering melakukan kesalahan apabila melakukan sebarang tugasan akan menimbulkan rasa kurang senang pekerja serta penyelia. Ini kerana kepekaan dan ketekunan dalam melaksanakan tugas adalah amat penting untuk memajukan diri supaya orang lain akan sentiasa memandang tinggi pada kita walaupun berpangkat rendah dan secara tidak langsung , ianya dapat memberi impak yang positif kepada orang lain juga.
Secara keseluruhan,penyelia dan pekerja-pekerja di Majlis Perbandaran Sungai Petani amat mementingkan kerja yang berkualiti disamping mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan. Saya amat bersyukur dan beruntung serta berpuas hati kerana telah diberi peluang menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Sungai Petani kerana di sini para pekerja banyak membantu saya untuk persiapkan diri bagi menghadapi alam pekerjaan yang sebenar serta layanan mereka terhadap saya amat-amat baik sekali. Ilmu serta kemahiran yang dipelajari semasa menjalani latihan industri ini serba sedikit dapat dijadikan panduan yang amat berguna kepada saya pada masa yang akan datang.
Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung di sepanjang saya menjalani latihan industri di Right Click Solution. Jutaan terima kasih kepada Right Click Solution kerana sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri sepanjang satu semester yang bermula dari 1/12/2015 sehingga 15/4/2015. Dengan tunjuk ajar pekerja disini , saya serba sedikit dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman saya di dalam semua perkara yang telah dipelajari.

Komen & Cadangan
Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental.
Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.
Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri.
Terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada bagi pihak organisasi yang perlu dipertingkatkan :
Antara kelemahan yang terdapat pada Majlis Perbandaran Sungai Petani Ini ialah:
Antara kelebihan yang terdapat di Majlis Perbandaran Sungai Petani ini pula ialah:
Terdapat beberapa komen kepada pelajar yang akan atau sedang menjalani latihan industri:

Pihak Majlis perbandaran Sungai Petani
Terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada bagi pihak organisasi yang perlu dipertingkatkan :
Antara kelemahan yang terdapat pada Majlis Perbandaran Sungai Petani Ini ialah:
- Pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani menyediakan lebih ramai juru teknik di bahagian teknologi maklumat..
Antara kelebihan yang terdapat di Majlis Perbandaran Sungai Petani ini pula ialah:
- Staf-staf yang bekerja di syarikat ini amat ramah dan boleh membantu serta memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya.
- Mereka memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk membuat kerja mengedit dan mereka grafik dan aktiviti kerja luar yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Pihak Pelajar
Terdapat beberapa komen kepada pelajar yang akan atau sedang menjalani latihan industri:
- Pelajar perlu memilih dan bertanya dengan jelas mengenai tempat yang menerima pelajar latihan industri sebelum membuat keputusan untuk menjalani latihan industri disitu, ini adalah untuk mengelak daripada sebarang masalah semasa menjalani latihan industri. Tetapi jika pelajar sedang menjalani latihan industri dan tempat pelajar menjalani latihan industri tidak memberi tugasan yang bersesuaian dengan bidang pelajar, pelajar harus akur dan sedar bahawa di dalam dunia pekerjaan yang sebenar kadang kala kita akan melakukan pekerjaan diluar bidang kita tetapi kita harus cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
- Pelajar perlu mengetahui lokasi kawasan tempat latihan industri bagi mengelak daripada masalah pengangkutan jika tempat latihan industri tersebut jauh daripada kawasan kediaman pelajar terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu bagi mengelakkan sebarang masalah.
- Pelajar perlu tahu cara pemakaian formal untuk ke tempat kerja. Kebanyakan pelajar latihan industri memakai pakaian yang tidak bersesuaian untuk di pakai ke tempat kerja, masalah ini bukan sahaja memberi impak buruk kepada diri pelajar malah turut memberi kesan kepada nama IPT / IPTS tempat pelajar tersebut belajar.
No comments:
Post a Comment