PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan Latihan Industri ini, blog Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20 minggu dari 28 November 2016 hingga 14 April 2017.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di sana.
Penghargaan khusus saya tujukan kepada MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada diri saya selama saya menjalani latihan. Segala ilmu pengetahuan yang telah di berikan telah pun saya karyakan ke dalam blog laporan ini sebagai tatapan kepada pembaca, serta tanda penghargaan saya kepada pihak MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI.
Disamping itu, tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau kerana berusaha untuk menempatkan diri saya ke pusat Latihan Industri, terutamanya kepada Sir Suntheren A\L Yoganathan (Unit Perhubungan & Latihan Industri). Tidak di lupakan juga penghargaan ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana selama saya menjalani Latihan Industri telah banyak memberi semangat, nasihat dan dorongan serta membantu saya dari segi kewangan pengangkutan.
Blog laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI. Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
Akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama enam bulan. Dengan terhasilnya blog laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke Politeknik Balik Pulau untuk menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap blog Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang sebagai rujukan.
PENGENALAN
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani Latihan Industri sama ada di badan kerajaan atau swasta. Tempoh yang ditetapkan kepada pelajar-pelajar untuk menjalani Latihan Industri di sesebuah firma ialah selama enam bulan.
PERAKUAN PELAJAR
“Saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
…………………………
Nama Pelajar : Megat Muhammad Ikmal Bin Munir
No.Pendaftaran : 21DNS14F1054
Disahkan oleh
............................
( )
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri atau secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah diwajibkan keatas semua pelajar semester empat adalah salah satu syarat untuk lulus dan memiliki Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) apabila tamat pengajian di Politeknik Balik Pulau kelak.
Objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar di kilang, firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga adalah bertujuan supaya pelajar dapat menanamkan semangat kerja secara berpasukan dan membuat perhubungan baik di antara pekerja. Tujuan latihan industri ini juga adalah untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal. Walaupun ada dikalangan pelajar yang pergi ke latihan industri tidak berkaitan namun ilmu dalam latihan itu turut membantu pelajar semasa berkerja kelak. Objektif lain juga adalah supaya pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan ketika bekerja dan juga dapat membina keyakinan diri sendiri ketika berada di dalam sebuah syarikat dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan dilaksanakan pada semester empat diploma atau di semester enam bagi program yang telah dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.
OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi Latihan Industri, ia adalah bertujuan untuk :
Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi Latihan Industri, ia adalah bertujuan untuk :
- Menterjemah kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
- Membentuk peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya membahagi masa dengan sebaiknya.
- Melahirkan pelajar yang bijak mengurus,merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
- Meningkatkan pemahaman dan pengahayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan sosial.
- Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.
- Melatih pelajar mengahasilkan laporan yang padat, tepat dan berkualiti.
- Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer yang dipelajari
- Laporan Latihan Industri juga berperanan untuk dijadikan bukti atau dokumen sokongan ketikan menghadiri sesi temuduga sebenar kelak.
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Tanpa latihan industri, seorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerna,kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakat pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilalui sebelum ini.
Dengan adanya latihan industri,plajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerna telah memiliki pengalaman berkerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh didalam bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman dalam bidang yang dipilih.
Pogram yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini. Lantaran itu,pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari perkerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.
Tanpa latihan industri, seorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerna,kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakat pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilalui sebelum ini.
Dengan adanya latihan industri,plajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerna telah memiliki pengalaman berkerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh didalam bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman dalam bidang yang dipilih.
Pogram yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini. Lantaran itu,pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari perkerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.
hye.. nak tanya. macamana awak apply untuk latihan industri di mpspk ye?
ReplyDelete