Laporan Mingguan

Minggu Pertama (28/11/16 - 1/12/16)

  1. Hari pertama melaporkan diri di Majlis Perbandaran Sungai Petani sebagai pelajar praktikal. 
  2. Diberi taklimat tentang etika permakaian di situ, ketepatan masa dan kehadiran setiap hari sebelum diserahkan kepada Jabatan Teknologi Maklumat.
  3. Diserahkan kepada Jabatan Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat iaitu En. Mohd Yusri Bin Mohamad Yusop serta berkenalan dengan staf di Jabatan Teknologi Maklumat.
  4. Selain itu, saya juga turun membantu staf lain mengemas di bahagian belakang ruang kerja di Jabatan Teknologi Maklumat yang berada dalam keadaan tidak teratur di rak yang telah disediakan.

      
      






Minggu Kedua (4/12/2016 - 8/12/2016)
  1. Membuat Persiapan bagi Majlis Khatan Perdana yang diadakan pada 4.01.2016 yang disertai oleh kanak-kanak yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun dan menyediakan projekterdan skrin layar untuk memancarkan cerita kepada kanak-kanak.
  2. Menukarkan RAM ddr2 2GB dengan RAM yang lebih besar iaitu DDR2 4GB untuk kegunaan komputer di Jabatan Kewangan bagi meningkatkan kelajuan komputer.
  3. Mengambil sebuah komputer dari Jabatan Kejuruteraan untuk penambah baikkan dari regi prestasi komputer tersebut.
  4. Mengambil semula dua biji laptop Jabatan Teknologi Maklumat yang di pinjam oleh Khidmat Pengurusan untuk kegunaan di bilik mesyuarat.
Minggu Ketiga (11/12/2016 - 15/12/2016)
  1.  Menyertai perhimpunan pagi di auditorium bagi membincangkan tentang isu-isu semasa dan aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.
  2. Menjadi juru kamera bagi merakam program perhimpunan pagi tersebut untuk dijadikan bukti.
  3. Membantu kerani di Jabatan Teknologi Maklumat melengkapkan borang jawatan kosong yang perlu di tandatangan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat.
     
Minggu Keempat (18/12/2016 - 22/12/2016
  1. Membuat persiapan dari segi projektor dan wall skrin untuk kegunaa Majlis Hi-Tea Persada Inovasi yang diadakan di Dewan Kenangan bagi meraikan staf yang telah menang dalam projek inovasi di peringkat kebangsaan.
  2. Membuat pengiraan stok toner printer yang masih ad di stor Jabatan Teknologi Maklumat.
  3. Memasang empat buah komputer yang di pinta oleh khidmat pengurusan bagi mengemaskini borang permohonan jawatan kosong yang di buka pada hujung bulan November.


Minggu Kelima (25/12/2016-29/12/2016)

  1. Menggantikan RAM yang lebih rendah iaitu 2GB dengan RAM yang lebih besar iaitu 4GB untuk kegunaan komputer di Jabatan Kewangan.
  2. Mempelajari cara menyelesaikan masalah komputer tidak dapat dihidupkan dengan memeriksa segala komponen yang terdapat dalam komputer.
  3. Menyediakan dua buah komputer untuk kegunaan kaunter lesen dan kaunter kesihatan bagi membuah bayaran lesen berniaga bagi kaunter lesen dan lesen anjing bagi kaunter kesihatan.

Minggu Keenam (1/1/2017-5/1/2017)

  1. Menyelesaikan masalah komputer yang tidak dapat dihidupkan yang diambil daripada Jabatan Penilaian.
  2. Menggantikan 'power supply' di komputer Jabatan Kesihatan yang tiba-tiba tidak dapat dihidupkan.
  3. Menyertai kursus pemerkassan iman bersama dengan hos selebriti Tv Al-Hijrah iaitu Ustaz Don Daniyal yang bertajuk Insam Amanah Cemerlang yang bertempat di Dewan Kenangan.

Minggu Ketujuh (8/1/2017-12/1/2017)

  1. Membuat pengiraan stok toner printer yang terdapat di dalam stor 1 & stor 2 untuk mengetahui sama ada toner tersebut sama dengan sistem ataupun terdapat toner yang berkurangan.
  2. Ke kompleks Jeti Semerling bagi memeriksa projektor yang terdapat di dalam dewan auditorium.
  3. Kompleks Jeti Semerling bagi membuat persiapan projektor dan skrin stand bagi kegunaan mesyuarat pegawai tertinggi  bersama dengan exco kerajaan di dewan serbaguna Kompleks Jeti Semerling.
  4. Menjadi Urusetia untuk Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Tauliah perlantikan Ahli Majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Kedah iaitu  Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Hanipah.


Minggu Kelapan (15/1/2017-19/1/2017)

  1. Menggantikan canon 316 toner catridge untuk printer di Jabatan Kesihatan yang telah habis digantikan dengan yang baru.
  2. Mengambil alih tempat kerani di Jabatan Teknologi Maklumat kerana kerani tersebut mengambil peperiksaan selama 3 minggu.
Minggu Kesembilan (22/1/2017-26/1/2017)

  1. Melakukan pengeluaran aset yang terdapat di Jabatan Teknologi Maklumat seperti toner catridge canon, toner catridge HP dan toner ricoh.
  2. Membuat pengeluaran aset seperti RAM, hard disk, power supply dan lain-lain lagi.
Minggu Kesepuluh (29/1/2017-2/2/2017)

  1. Menggantikan RAM dan Hard disk dengan yang lebih besar dari yang asal agak kecil dan menghantar kembali ke Jabatan Penguatkuasa.
  2. Melakukan pengeluaran aset yang terdapat di Jabatan Teknologi Maklumat seperti toner catridge canon, toner catridge HP ,toner ricoh dan toner brother.


Minggu Kesebelas (5/2/2017-8/2/2017)

  1. Membuat persiapan untuk Majlis Penyampaian Anugerah Perkidmatan Cemerlang dan Meraikan Pesara Bagi Tahun 2016 dari segi persiapan projector dan wall screen bagi memaparkan video serta gambar-gambar perasa.
  2. Membantu Penolong Pegawai mengemaskini pengkalan data bagi 'card acccess door & barrel gate'.

Minggu Kedua belas (12/2/2017-16/2/2017)

  1. Membuat pengkabelan 'straight cable' bahagian asas yang penting adalah samakan jejari konduktor kabel itu dengan menyusun mengikut kod warna yang betul iaitu kod warna 'T568B'.
  2. Kemudian menggunakan 'crimper' untuk modular RJ45 connecter itu agar rapat dengan wayar tersebut. 
  3. Mengambil semula empat buah komputer yang dipinjam daripada Khidmat pengurusan setelah selesai mengemas kini borang permohonan jawatan kosong.


Minggu Ketiga belas (19/2/2017-23/2/2017)

  1. Ke Kompleks Jeti Semerling bagi memeriksa projektor yang rosak di dewan auditorium dan di ganti dengan projektor sementara kerana dewan auditorium tersebut akan digunakan oleh agensi kerajaan untuk tujuan seminar.
  2. Menukarkan 'power supply' komputer kaunter hasil di UTC kerana 'power supply' tersebut telah terbakar akibat tidak matikan komputer dengan cara yang betul jadi koputer tersebut telah digantikan dengan 'power supply' yang baru.

Minggu Keempat belas (26/2/2017-2/3/2017)

  1. Memasang 4 buah komputer dan 2 buah printer di bangunan Sp Plaza untuk kegunaan 'Charge Man' dan staf kejuruteraan yang berada si Bangunan Sp Plaza.
  2. Membuat persiapan tempat,projektor dan 11 buah laptop untuk kursus yang diadakan di Hotel Park Avenue.
  3. Memasang sebuah komputer untuk penolong pegawai di Jabatan Kejuruteraan beserta dengan sebuah printer.


Minggu Kelima belas (5/3/2017-9/3/2017)

  1. Membuat pemeriksaan terhadap komputer Pegawai Kejuruteraan yang tidak dapat dihidupkan serta mempunyai masalah dengan internet yang sekejap putus.
  2. Komputer tersebut telah digantikan dengan 'power supply' yang baru kerana 'power supply' yang lama telah terbakar dan masalah internet tersebut berpunca di switch kerana terdapat satu wayar yang tidak di crimp dengan betul.
  3. Pensyarah dari Politeknik Ungku Omar membuat pemantauan pelajar politeknik yang menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Sundai Petani.


Minggu Keenam belas (12/3/2017-16/3/2017)

  1. Membantu juruteknik mengaktifkan semula anti-virus yang telah tamat tempoh untuk keselamatan komputer dari diderang oleh virus yang tidak diketahui.
  2. Memasang projektor dan wall screen untuk kegunaan khidmat pengurusan bagi tujuan untuk memaparkan jam analog untuk calon yang megambil ujian bertulis bagi jawatan kosong gred 29 yang diadakan selama 3 hari.
Minggu Ketujuh belas (19/3/2017-23/3/2017)

  1. Membuat pengeluaran aset iaitu toner printer untuk kegunaan staf di Majlis Perbandaran Sungai Petani.
  2.  Membuat kira stok yang ada di dalam stor 1 dan stor 2 bagi mengetahui jumlah stok yang ada sama dengan dalam sistem atau tidak.
  3. Mengambil tiga buah komputer dan printer dari Jabatan kesihatan dan memasang tiga buah komputer dan printer tersebut untuk program pembelian tapak bazar ramadhan di dalam auditorium.



Minggu Kelapan belas (26/3/2017-30/3/2017)

  1. Memasang sebuah komputer di Jabaatan Landskap untuk kegunaan pegawai di jabatan tersebut.
  2. Mengambil semula komputer di auditorium dan memasang ia di Jabatan Kesihatan.
  3. Melakukan pengeluaran aset untuk kegunaan staf di Majlis Perbandaran Sungai Petani antaranya ialah canon toner catridge, HP 35A laserjet dan hard disk.
  4. Memasang sebuah skirn layar di dewan banquet bagi persiapan perimpunan bagi pada hari ahad yang berikutnya.


Minggu Kesembilan belas (2/4/2017-6/4/2017)

  1. Menyelesaikan masalah printer yang tidak dapat mencetak dengan memeriksa printer dan komputer tersebut dan masalah yang dihadapi ialah komputer tersebut tidak mempunyai driver printer tersebut.
  2. Membuat persiapan perhinpunan pagi dengan memasang dua buah projektor di dewan banquet untuk kegunaan perhimpunan pagi bagi membincangkan tentang isu semasa.
  3. Router tm di Bangunan Sp Plaza mempunyai masalah tidak dapat akses ke internet dan telah dimaklumkan kepada TM Malaysia.
  4. Ke cawangan Majlis Perbandarn Sungai Petani di Bedong untuk memeriksa komputer server yang tiba-tiba tidak dapat dihidupkan dan membawa pulang ke Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani.


Minggu Kedua puluh (9/4/2017-13/4/2017)


  1. Diadakan Majlis Perpisahan untuk meraikan Pelatih yang akan tamat latihan industri di Majlis Perbandaran Sungai Petani selama 20 minggu di situ.
  2. Melakukan pengeluaran aset untuk staf yang menukarkan toner printer yang telah habis dengan toner yang baru.
  3. Memasang projektor di Kompleks Jeti Sungai Semerling untuk kegunaan penerangan tentang tempat menarik di sekitar Sungai Petani kepada sebuah agensi kerajaan.
  4. Menukarkan akses point yang berada di dean banquet ke bangunan sp plaza kerana akses point di bangunan sp plaza mempunyai sedikit masalah.
  5. Memasang tiga buah komputer dan printer di dewan auditorium untuk program jualan tapak bazar ramadhan. 



No comments:

Post a Comment